Monday, April 30, 2012

Bismillah 5

taip laju2 by Deena Adrina at 11:44 PM
Assalamualaikum my fellow.


Alhamdullilah.. dapat gak malam niy aku update blog, cume kali niy nak share ngan korang sket sbyk tentang fadhilat Bismillah 5. Sebenarnya Bismillah niy ade byk, ade Bismillah 6, Bismillah 7, Bismillah 9 & Bismillah 20. Masing2 ade fadhilat & function tersendiri. Kalau korang amal kan lagi bagus.. InsyaAllah. Amalkan ayat Bismillah 5 niy sebelum & selepas bangun dari tidur, lepas solat atau kalau korang rase takut atau tak sedap hati. Meh kita amalkan Bismillah 5 niy.. ^__^


BISMILLAH 5

1) Bismillahir Rahmanir Rahiim
2) Bismillahish Shaafii
3) Bismillahil Kaafii
4) Bismillahil Mu’aafii
5) Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Ertinya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Fungsi Bismillah 5 macam yg disenarai kt bawah niy:
1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan.
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk mengubat penyakit yang tataw  puncanya.
Cara nak rawat plak korang bole cuba macam kt bawah niy:
Letakkan tangan kat tempat yang sakit tu, then tarik nafas. kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak 7 kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit tu. Lepas tu tiup plak kat atas air. Kalau anggota yang sakit tu ta boleh di sentuh dengan tangan sebab sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan kat bahagian anggota lain dengan ikitikad(penumpuan) bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 
ok, untuk fadhilat2 dye plak:
1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
2. Luas rezeki
3. Menang dalam peperangan.
4. Penerang hati.
5. Dijauhkan dari segala penyakit.
6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim.
7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
9. Aman daripada binatang buas.
10. Air laut menjadi tawar.
11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
14. Terselamat dari karam di laut. 
15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya. (air selusuh bersalin)
16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.
17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.
18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

Semoga kita sentiasa didalam lindunganNya. Amin

0 komen budak cute:

Post a Comment

 

The corner of Deena | icesejuk.blogspot.com